TERMA & SYARAT (TERMS & CONDITIONS)
Kemaskini Terakhir: 1 Julai 2026
Selamat datang ke laman web SURIKAIT. Dengan membuat pembelian melalui laman web ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua Terma & Syarat berikut.
- Maklumat Produk
- Semua produk SURIKAIT adalah produk handmade yang dihasilkan oleh artisan tempatan.
- Oleh kerana setiap produk dibuat secara manual, sedikit perbezaan pada saiz, bentuk, jahitan dan tona warna adalah normal dan bukan dianggap sebagai kecacatan.
- Warna produk mungkin berbeza sedikit daripada gambar disebabkan pencahayaan dan tetapan skrin peranti.
- Harga
- Semua harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM).
- SURIKAIT berhak mengubah harga, promosi atau diskaun pada bila-bila masa tanpa notis awal.
- Harga yang sah adalah harga semasa pembayaran dibuat.
- Pembayaran• Tempahan hanya akan diproses selepas pembayaran penuh diterima.
- Sekiranya pembayaran tidak berjaya atau tidak lengkap, tempahan tidak akan diproses.
- Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat pembayaran yang diberikan adalah tepat.
- Tempahan & Pengeluaran
- Produk yang mempunyai stok akan diproses mengikut tempoh pemprosesan yang dinyatakan.
- Sebarang kelewatan yang berlaku disebabkan faktor di luar kawalan SURIKAIT akan dimaklumkan kepada pelanggan.
- Penghantaran
- Tempoh penghantaran bergantung kepada syarikat kurier.
- SURIKAIT tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan, kehilangan atau kerosakan yang berlaku selepas bungkusan diserahkan kepada pihak kurier.
- Pelanggan bertanggungjawab memastikan alamat penghantaran adalah tepat.
- Polisi Pembatalan
- Tempahan yang telah dibayar tidak boleh dibatalkan selepas proses penyediaan atau pengeluaran dimulakan.
- Sekiranya pembatalan diluluskan sebelum proses bermula, bayaran balik adalah tertakluk kepada kelulusan pihak SURIKAIT.
7. Polisi Pemulangan & Pertukaran
Pemulangan atau pertukaran hanya diterima sekiranya:
- Produk diterima dalam keadaan rosak akibat pengeluaran.
- Pelanggan menerima produk yang salah.
- Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 hari selepas barang diterima dengan menyertakan gambar atau video sebagai bukti.
Pemulangan tidak diterima bagi:
- Pertukaran fikiran.
- Perbezaan kecil pada warna atau ukuran.
- Kerosakan akibat penggunaan pelanggan.
- Produk yang telah digunakan, dicuci atau diubah suai.
- Bayaran Balik
Sekiranya bayaran balik diluluskan, ia akan diproses dalam
tempoh 7–14 hari bekerja menggunakan kaedah
pembayaran asal atau kaedah lain yang dipersetujui.
- Harta Intelek
Semua gambar, video, logo, nama SURIKAIT, rekaan,
kandungan dan bahan pemasaran adalah hak milik
SURIKAIT.
Sebarang penggunaan, penyalinan atau penyebaran tanpa
kebenaran bertulis adalah dilarang. 10. Privasi
Maklumat pelanggan hanya digunakan untuk tujuan
pemprosesan tempahan, penghantaran dan komunikasi
berkaitan pembelian.
SURIKAIT tidak akan menjual atau berkongsi maklumat
pelanggan kepada pihak ketiga kecuali jika diperlukan bagi
tujuan penghantaran, pembayaran atau sebagaimana
dikehendaki oleh undang-undang.
- Had Tanggungjawab
SURIKAIT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan atau
kerosakan lain yang timbul daripada penggunaan produk
atau laman web ini.
- Pindaan Terma & Syarat
SURIKAIT berhak mengubah atau mengemas kini Terma &
Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Versi terkini
akan dipaparkan di laman web.
- Hubungi Kami
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Terma &
Syarat ini, sila hubungi: SURIKAIT
WhatsApp: 012 260 8891
