KENALI
SURIKAIT
Setiap Jahitan Membawa Sebuah Cerita.
SURIKAIT lahir daripada satu impian yang sederhana,
mengangkat hasil seni kaitan tempatan menjadi produk
yang bukan sahaja cantik dipakai, tetapi juga memberi nilai
kepada kehidupan ramai wanita.
Setiap Jahitan Membawa Sebuah Cerita.
SURIKAIT lahir daripada satu impian yang sederhana,
mengangkat hasil seni kaitan tempatan menjadi produk
yang bukan sahaja cantik dipakai, tetapi juga memberi nilai
kepada kehidupan ramai wanita.
Di SURIKAIT, kami menghasilkan koleksi beg tangan kait premium yang direka dengan teliti dan dihasilkan secara handmade oleh artisan tempatan. Setiap jahitan melambangkan kesabaran, kreativiti dan ketelitian, menjadikan setiap produk unik serta mempunyai identitinya yang tersendiri.
M I S I
Menjadikan hasil seni kaitan tempatan sebagai pilihan utama masyarakat, sambil memperkasakan komuniti artisan dengan peluang ekonomi yang mampan.
V I S I
Menjadi jenama produk kaitan yang paling dipercayai di Malaysia, dikenali kerana kualiti, kreativiti dan impak positif yang dibawa kepada komuniti.
” Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan SURIKAIT. Setiap pembelian anda bukan sekadar memiliki sebuah beg tangan, tetapi turut menyokong hasil seni tempatan dan membuka lebih banyak peluang kepada artisan Malaysia untuk terus berkarya. “
